FAKTOR PENCEMARAN UDARA
Hujan asid
Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik.
Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat
lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa
hidupan yang terdapat di dunia. Kesanya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan
dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.
Haiwan
Haiwan akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara. Ini disebabkan dari udara yang memasuki paru-paru haiwan dan makanan dari sumber tumbuhan yang tercemar kesan pencemaran udara.
Tumbuhan
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.
Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk juga
terganggu.
terganggu.
Kesihatan manusia
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan
tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan
pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan
kerengsaan menyebabkan inflamasi paru-paru dan keupayaan bergerak.
Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang
penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun
disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi
daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Penampalan ozon
Bahagian
ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera
melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh
dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang
yang mampu menampal ozon. Namun begitu, penampalan ozon ini hanya dapat
mengawal pencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja.
Memperkenalkan undang-undang
Pihak
kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah menggubal
pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh,
industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Wet
scrubber merupakan penapis asap kilang dengan menyembur air dan batu
kapur pada asap. Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida sampai
90%.
Penggunaan teknologi
Dengan
adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik
sedang dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini
bukan sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi.
Walaubagaimanapun, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap
alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut
dihasilkan.
Kitar semula
Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula
bahan buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya.
Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar
kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap
turut dapat dikurangkan.
z
No comments:
Post a Comment