![]() | |
GEJALA BULI |
KESAN GEJALA BULI
Pada pendapat saya, kesan
utama gejala buli di sekolah ialah pelajar-pelajar yang dibuli akan berasa
takut datang ke sekolah. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan mangsa buli
biasanya bersaiz lebih kecil dari segi fizikal jika dibandingkan dengan pembuli.
Oleh sebab itu, mereka tidak mampu melawan kerana takut dengan pembuli. Pembuli biasanya akan menyuruh mereka
melakukan sesuatu untuk kepentingan pembuli sendiri. Jika mereka membantah,
mereka akan dipukul dan didera. Terdapat sesetengah pembuli yang membawa
kawan-kawannya untuk membelasah pelajar yang dibuli. Bagi pelajar-pelajar
perempuan pula, mereka suka menyindir dan mengutuk sesama sendiri. Perbuatan
ini boleh menyebabkan mangsa tertekan dan ketakutan. Ini menyebabkan pelajar
yang dibuli akan berasa takut dan tidak berani datang ke sekolah lagi. Jelaslah
bahawa kadar ponteng sekolah dalam kalangan pelajar yang dibuli akan meningkat
disebabkan mereka takut datang ke sekolah.
Selain itu, kesan lain yang
tidak boleh dikesampingkan ialah mangsa buli tidak dapat memberikan tumpuan
sepenuhnya terhadap pelajaran. Kejadian kes buli secara tidak langsung telah menyukarkan
mangsa untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Hal ini demikian kerana mereka
sentiasa memikirkan tentang hal tersebut. Mereka juga sering ketakutan dan
sentiasa memikirkan perkara yang dilakukan oleh pembuli ke atas diri mereka.
Mereka akan menjadi pasif dan tidak ceria. Mereka tidak berani berkomunikasi
dengan rakan-rakan dan guru-guru mereka. Mereka lebih suka menyendiri sambil
memikirkan nasib mereka yang malang. Hal ini demikian kerana mereka telah
diugut supaya tidak melaporkan kejadian mereka dibuli kepada ibu bapa dan guru.
Jika mereka melaporkan pembuli mengancam akan melakukan sesuatu yang lebih
buruk ke atas diri mereka. Akibatnya, mereka selalu ponteng sekolah untuk
mengelakkan diri daripada dibuli. Ini
menyebabkan prestasi akademik mereka merosot dan akhirnya mereka gagal dalam peperiksaan.
Selanjutnya, gejala buli
yang keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli bertindak untuk membunuh diri
bagi menamatkan penderitaan yang mereka tanggung. Sudah terang lagi bersuluh, mangsa
buli biasanya akan mengalami trauma dan ketakutan sepanjang masa. Berdasarkan
kajian dan bukti yang diperoleh, terdapat kes-kes yang tragik di mana mangsa
buli telah membuat keputusan bahawa satu-satunya cara untuk menghentikan
kesengsaraan mereka adalah dengan membunuh diri sendiri. Sebagai contohnya,
Vijah Singh yang berumur 13 tahun telah membunuh diri di dalam rumahnya di
Manchester, England. Di dalam diarinya dia telah mendedahkan kesengsaraannya
akibat dibuli. Diari tersebut mencatatkan bahawa wangnya dirampas pada hari
Isnin, hari Selasa dia dipersendakan, hari Rabu pula baju uniform dikoyakkan,
hari Khamis badannya disimbah dengan darah, dan, hari Jumaat semuanya telah
berakhir. Hari Sabtu dia telah mendapat kebebasan. Perkara ini menggambarkan
bahawa kes buli yang keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli hilang
pertimbangan dan kewarasan sehingga tergamak untuk menamatkan nyawa mereka
sendiri.
LANGKAH MENGATASI GEJALA BULI
Antara langkah yang boleh digunakan untuk mengatasi gejala buli di sekolah
adalah dengan memperkukuh peranan ibu bapa. Ibu bapa hendaklah menerapkan
ajaran agama, moral dan nilai murni kepada anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa
harus mendidik anak-anak mereka mengamalkan sikap saling menghormati dan
bertolenransi pada setiap masa. Kasih sayang dan perhatian yang secukupnya akan
membantu anak-anak mereka membesar dengan sempurna. Anak yang berkeperibadian
terpuji merupakan anak-anak yang membesar dalam sebuah keluarga yang bahagia.
Mereka tidak akan tergamak untuk menyakiti dan membuli orang lain kerana ibu
bapa telah menyemai ajaran-ajaran yang baik dan berguna di jiwa mereka sejak
kecil, bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Seterusnya, peranan guru
bimbingan dan kaunseling di sekolah hendaklah diperhebat. Hal ini demikian
kerana di sesetengah sekolah, guru kaunseling sibuk membuat kerja lain daripada
berjumpa dengan pelajar bermasalah untuk menyelesaikan masalah mereka. Pelajar
pula tidak mahu berjumpa dengan guru kaunseling kerana mereka tidak yakin
dengan kemampuan dan kebolehan guru tersebut. Oleh itu, guru bimbingan dan
kaunseling harus memainkan peranan lebih aktif. Mereka hendaklah mengesan dan
memberikan kaunseling motivasi kepada pelajar yang selalu dibuli. Biasanya,
mangsa buli tidak mahu berkongsi masalah mereka dengan orang lain kerana takut.
Dengan ini, guru bimbingan dan kaunseling dapat memulihkan semangat mangsa
buli. Mereka juga akan lebih yakin untuk melaporkan kes yang hadapi. Akhirnya,
pihak sekolah dapat mengambil tindakan yang tegas kepada pelajar-pelajar yang
terlibat.
No comments:
Post a Comment