Saturday, August 24, 2013

TOKOH MALAYSIA



Nama :
Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
 

Lahir :
08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).
 

Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.

Kerjaya :
1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.

1956 - Rombongan Merdeka ke London.
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.
1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.
1970 - Bersara dari Politik.
06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.






 Nama: Tun Abdul Razak Bin Datuk Hussein

Lahir:  Dilahirkan pada 11hb. Mac, 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang.

Pendidikan: Didikan awal di: Sekolah Melayu Kampung. Selepas habis sekolah meengah: Maktab Melayu Kuala Kangsar dan kemudiannya ke Raftles College Singapura untuk melanjutkan pelajarannya. Seterusnye: menamatkan pengajian undang-undang di Lincoln's Inn, London hanya dalam tempoh lapan belas bulan. 

Kerjaya:
: Beliau berhidmat dengan kerajaan Pahang sebagai Penolang Setiausaha Kerajaan.

: Beliau juga di lantik sebagai Ketua Pemuda UMNO.

: Pada tahun 1951 beliau  telah menjadi  Yang Dipertua UMNO 

: Beliau juga menjawat jawatan Pemangku Menteri Besar Pahang selama beberapa   bulan pada tahun 1955. 

: Kemerdekaan dicapai waktu umur Tun 35 tahun bermulalah perkhidmatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang menjangkau lebih 13 tahun. 

: Tun dikenali bukan sahaja sebagai Bapa Pembangunan tetapi juga sebagai Bapa Perdamaian.


Tarikh Kematian: 14 Januari 1976



 

Nama : Tun Hussein bin Dato Onn

Lahir :12 Februari 1922, di Johor Bahru.

Pendidikan :
English College Johor Bahru hingga lulus Senior Cambridge. 
1940 - Masuk Maktab Tentera di Dehra Dunn, India.
1958 - Lulus Ijazah Undang-undang dari Lincoln's Inn, London.

Kerjaya :
1942 - Bertugas di Mesir.
1945 - Pemerintah Polis Depot, Johor Bahru.
1946 - Masuk UMNO bersama ayahnya. Setiausaha UMNO Pertama.
1950 - ADO, Kuala Selangor, Klang.
1970 - Menteri Pelajaran.
1973 - Timbalan Presiden UMNO. Timbalan Perdana Menteri.
1976 - Perdana Menteri Malaysia Ketiga.
1981 - Bersara menarik diri dari politik serentak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

29 Mei 1990, Tun Hussein Bin Dato Onn kembali kerahmatullah di rmahnya, di Kuala Lumpur. Terkenal seorang yang berhemah tinggi, merendah diri, jujur dan amat disegani. Disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

 

 



Nama : Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Lahir :20 Disember 1925, di Alor Setar, Kedah.

Pendidikan :Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar.Sultan Abdul Hamid College dan Universiti Malaya (Singapura) lulus Ijazah Kedoktoran Perubatan MBS - 1953.



Kerjaya :

1945 - Aktif dalam Kesatuan Melayu Kedah, SEBERKAS dan UMNO.
1954 - Bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Alor Setar, Langkawi dan Perlis.
1957 - Membuka klinik sendiri di Alor Setar.
1964 - Memenangi Kerusi Parlimen Kota Setar Selatan.
1973 - Dilantik Pengerusi FIMA.
1975 - Naib Presiden UMNO.
1976 - Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri.
1981 - Perdana Menteri Malaysia Keempat



 


Nama: Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Tarikh Lahir:26 November 1939.

Pendidikan Dan Kerjaya: 

:Menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964

:Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

:Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.

:Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)

:Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)

:Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)

:Menteri Pelajaran (1984-86);

:Menteri Pertahanan (1986-87)

:Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).

:Pada 31 Oktober 2003, beliau telah dilantik menjadi Perdana Menteri.


Tempoh Menjawat: 31 Oktober 2003 – 15 September 2006








Perdana Menteri Malaysia Keenam 3 April 2009 – Kini



Timbalan Perdana Menteri31 Oktober 2004 – 2 April 2009
Menteri Kewangan17 September 2008 - Kini
Menteri Pertahanan1999 – 2008
Menteri Pendidikan1995-1999
Menteri Pertahanan1990-1995
Menteri Belia dan Sukan1987-1990
Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan1986-1987
Menteri Besar Pahang, Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Pahang
& Pengerusi majlis Perbandaran Kuantan
1982-1986

Timbalan Menteri Kewangan1981-1982
Timbalan Menteri Pelajaran1980-1981
Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos1978-1980
Eksekutif Petronas1974-1976

Nama: Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
Tempat Kelahiran : Kuala Lipis, Pahang
Tarikh Lahir: 23 Julai 1953
Umur: 56 tahun
 
Latar Belakang Pendidikan:
• St. John Institution, Kuala Lumpur, Malvern Boy’s College di Worchestershire, England, Sarjana Muda Kepujian Ekonomi Industri daripada Notthingham University, United Kingdom.


Friday, August 23, 2013

Current Issues


Nahas bas jatuh gaung: Siasatan fizikal bas selesai


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor bagaimanapun enggan mendedahkan punca nahas yang meragut 37 nyawa dan mencederakan 16 yang lain.

"Kita akan hantar semua hasil siasatan ke Putrajaya dan bangkai bas akan di bawa ke Balai Polis Daerah Bentong," katanya ketika ditemui pada sidang media sebentar tadi. 

 

 

 

Pelatih PLKN cedera dalam pergaduhan

PEKAN: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) cedera di tangan dan badan dikatakan selepas terbabit dalam pergaduhan di Kem Semarak Tanjung Gosong di sini, malam tadi.

Sumber polis berkata, pelatih berusia 18 tahun itu mengalami kecederaan selepas cuba meleraikan pergaduhan seorang rakannya dengan seorang lagi pelatih yang masing-masing berusia 18 tahun.

"Mangsa cuba meleraikan pergaduhan itu bagaimanapun dia tercedera dalam kejadian berkenaan. Mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku 9.23 malam tadi.

"Polis sudah mengambil keterangan mangsa dan sedang menyiasat punca pergaduhan," katanya. - BERNAMA 

 

 

Samsung perkenal rangkaian GALAXY Tab 3 terbaru

Samsung perkenal  rangkaian GALAXY Tab 3 terbaru                           Samsung GALAXY Tab 3 10.1 inci yang terbaru dikuasakan oleh prosesor Dwi Teras 1.6 Ghz dan memori 1 Gigabait.

Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd memperkenal barisan GALAXY Tab 3 terbarunya dalam tiga saiz iaitu 7.0 inci, 8.0 inci dan 10.1 inci untuk pasaran tempatan.

Bagi model GALAXY Tab 3 7.0 inci dan 8.0 inci, kedua-duanya kini boleh didapati di rangkaian kedai runcit elektronik seluruh negara, manakala bagi model 10.1 inci pula akan mula dipasarkan bermula pertengahan September ini.

GALAXY Tab 3 7.0 inci ditawarkan pada harga RM1,099, sementara bagi saiz 8.0 untuk model WiFi dan LTE masing-masing ditawarkan pada harga RM1,099 dan RM1,499 seunit.

Syarikat elektronik Korea Selatan itu berkata, siri GALAXY tab 3 itu menawarkan kepada pelanggan pelbagai bentuk untuk melihat, mendengar, mencipta dan berkongsi acara yang bermakna dan kandungan istimewa dengan insan penting dalam hidup mereka.

Katanya, sama ada melayari laman web di rumah atau membaca sewaktu mengembara, setiap peranti dilengkapi dengan kandungan bermutu tinggi.

“Ia sangat sesuai digunakan bagi menonton atau berkongsi kandungan dengan kawan dan keluarga serta merakamkan detik spontan dalam kehidupan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Reka bentuk nipis

GALAXY Tab 3 7.0 inci didatangkan dengan reka bentuk senipis 9.9 milimeter dan seberat 306 gram sekali gus menjadikannya mudah dan selesa untuk dipegang.

Ia turut dijana dengan prosesor Dwi Teras 1.2 GHz yang menawarkan pengalaman penggunaan lancar kepada pengguna, berserta akses kepada kandungan premium di Samsung Hub dan WatchON, ia menjanjikan hab hiburan mudah alih yang berkuasa.

Sementara itu, bagi GALAXY Tab 8.0 inci pula, ia direka supaya selesa dipegang menggunakan satu tangan dan sesuai untuk digunakan bagi menonton video, bermain permainan dan membaca e-buku di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Peranti itu juga sesuai untuk kegunaan pelancong menerusi aplikasi S Translator yang membolehkan terjemahan segera menerusi pengenalan suara dan juga teks sama ada di emel, mesej teks dan ChatON. 

 

 

Xiaomi Phone sasar catat untung tinggi

Xiaomi Phone sasar catat untung tinggi

                                                                                                                             Lei ketika melancarkan Xiaomi Phone 2 di China, kelmarin. - Foto REUTERS

Perkhidmatan internet mudah alih lebih murah jana sumber pendapatan

Beijing: Xiaomi Tech, pengeluar telefon pintar China bagi menyaingi iPhone, mensasarkan meraih keuntungan lebih tinggi daripada perkhidmatan internet mudah alih yang ditawarkannya berikutan harga peranti yang rendah.

Walaupun jualan Xiaomi Phone pada suku kedua tahun ini lebih tinggi daripada yang dicatat iPhone, harga peranti yang jauh lebih murah menyebabkan syarikat meraih marjin keuntungan yang kecil.

Keadaan itu, mendorong Ketua Eksekutif yang juga pengasas syarikat, Lei Jun menyusun gerak kerja mengembangkan perniagaan internet mudah alih China yang dianggarkan bernilai sekitar AS$30 (RM98.3 bilion) bilion menjelang 2015 daripada kira-kira AS$9 bilion (RM29.5 bilion) tahun lalu.

“Xiaomi kelihatan sedikit sama dengan Apple (iPhone), tetapi lebih sama Amazon dan beberapa elemen serupa Google,” kata Lei yang memakai kemeja dan seluar jeans biru dan kasut sukan dalam satu pertemuan sempena pelancaran Xiaomi Phone 2 di sini.

“Telefon pintar hanyalah perantara,” kata Lei yang melancarkan Xiaomi Phone pada 2011.

“Microsoft menjual Windows dalam satu kotak dengan CD. Adakah ia membuatkan Microsoft sebagai syarikat pengeluar kotak kertas,” tambahnya.

Peranti lebih murah

Populariti telefon bimbit murah lagi menarik, Xiaomi adalah tidak boleh dinafikan dengan telefon pintar utama, Mi 2S, adalah model paling popular di China pada separuh pertama tahun ini, menurut syarikat penyelidik tempatan, Antutu.

Model terbaru Xiaomi, Hongmi, dijual pada AS$130 (RM426), lebih murah berbanding AS$770 (RM2,523) bagi iPhone 5 atau AS$470 (RM1,540) bagi model terbaru Galaxy keluaran Samsung Electronics Co Ltd yang menjadi peneraju pasaran di China.

Pada suku kedua tahun ini, Xiaomi berada pada kedudukan keenam daripada segi penguasaan pasaran, satu tangga di depan Apple.

Kedudukan itu bagaimanapun mungkin berubah apabila firma AS itu dijangka memperkenalkan model rekaan semula iPhone pada September selain mungkin mengeluarkan model lebih murah.

Jun, 43, berkata adalah sukar membuat perbandingan dengan Apple hingga penamat dan persaingan dengan syarikat tempatan Alibaba Group Holding, Baidu Inc dan Tencent Holdings Ltd baru bermula. - REUTERS 

 

 

Perodua keluar model kereta baru pada harga terendah - Najib

RAWANG: Kerajaan memberi jaminan Perodua akan mengeluarkan model kereta terkini pada harga terendah tahun depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, kereta yang ditawarkan juga akan lebih efisyen dengan ciri-ciri keselamatan.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis sambutan Gala Raya Perodua sempena ulang tahun ke-20 syarikat berkenaan, di ibu pejabat Perodua, Sungai Choh, di sini, petang ini. 

 

 

Empat maut helikopter terhempas di Laut Utara

LONDON: Empat disahkan maut selepas helikopter yang membawa pekerja dari pelantar minyak berdekatan pantai Scotland terhempas, kata polis hari ini.

Syarikat gergasi petroleum Perancis, Total berkata, kesemua mangsa adalah kontraktor syarikat berkenaan.

Helikopter itu dikendalikan syarikat penerbangan Kanada, CHC.

Helikopter jenis Super Puma AS332 L2 itu berlepas dari Borgsten Dolphin menuju lapangan terbang Sumburgh di Pulau Shetland dan terhempas kira-kira tiga kilometer barat destinasi mereka.

Seramai 14 orang termasuk dua anak kapal diselamatkan di laut dan dibawa ke hospital. - AFP

 

 

2 pelajar kita ditahan tentera Mesir

2 pelajar kita ditahan tentera  Mesir                                           Sebahagian daripada pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Kuala Lumpur: Dua penuntut perubatan Malaysia di Mesir dilaporkan ditahan pasukan keselamatan negara berkenaan selepas didapati melanggar arahan perintah berkurung, Selasa lalu.

Mereka yang sepatutnya dihantar pulang ke Malaysia pada hari berkenaan, gagal dihubungi selepas mendaftarkan diri di kedutaan besar Malaysia di Kaherah.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Mesir, Shaiful Anuar Mohammad, ketika dihubungi BH berkata selepas diperiksa, kedua-dua penuntut yang berasal dari Sarawak dan Melaka itu didapati ditahan pasukan keselamatan di Helwan, Mesir.

Katanya, selepas ditahan, wakil pasukan keselamatan Mesir terus menghubungi pihak kedutaan bagi memaklumkan penahanan itu sebelum wakil kedutaan dihantar bagi membebaskan mereka.

“Kedua-dua mereka berada dalam keadaan baik dan pihak kedutaan sedang menguruskan proses bagi membebaskan mereka dari tahanan pasukan keselamatan.


Kena bayar denda


“Kami difahamkan pasukan keselamatan di sini (Mesir) menahan mereka selepas didapati melanggar waktu perintah berkurung yang dikuatkuasakan pemerintah sementara negara ini sejak pergolakan berlaku minggu lalu,” katanya.

BH difahamkan, pihak kedutaan mungkin terpaksa membayar denda bagi membebaskan dua penuntut itu yang masing-masing menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah dan Universiti Iskandariah.

Dalam perkembangan lain, Shaiful berkata hingga semalam, 588 pelajar Malaysia yang menuntut di universiti sekitar Kaherah dan Iskandariah sudah dihantar pulang.

“Kini pihak kedutaan sudah menutup pendaftaran bagi penghantaran pulang secara sukarela pelajar Malaysia yang berada di Kaherah dan Iskandariah dan memfokuskan proses penghantaran penuntut kita yang berada di daerah lain pula,” katanya.


Terpaksa catu makanan


Di Sepang, penuntut Malaysia yang baru tiba di sini, berkata rakan mereka yang masih berada di Mesir terpaksa mencatu dan menyimpan bekalan makanan kerana bimbang keselamatan terancam atau terkena peluru sesat jika keluar dari kediaman.

Penuntut Universiti Al-Azhar, Nur Hidayati Suwarso, 23, dari Kedah, berkata dia dan rakannya terpaksa menyimpan stok makanan kerana bimbang keselamatan terancam jika keluar membeli barangan keperluan harian di pasar atau kedai runcit berhampiran kediamannya.

“Kami terpaksa membeli stok makanan untuk seminggu sebagai langkah berjaga-jaga berikutan krisis yang berlaku di Mesir,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Nur Hidayati adalah antara 41 penuntut dari Mesir yang pulang ke tanah air semalam menaiki pesawat Etihad Airways dan Emirates, masing-masing pada jam 1.50 petang dan 3.10 petang.

Ketua Pegawai Eksekutif Medic Mesir, Siti Haniza Mohd Nazri, berkata 100 daripada 350 penuntut yang diurus agensi itu mendaftar untuk mengikuti pengajian dalam program asasi di universiti swasta di negara ini.